Tentang RIZQAH ABADI...

RIZQAH ABADI.. nama yang masih baru dalam perniagaan makanan sejuk beku dibawah jenama "Mummy's". Memulakan business secara 'home made" sejak tahun 2007... Dari cucur badak frozen ... dan sekarang pulut panggang frozen, ketupat palas dan segala jenis kuih talam.

Semoga RIZQAH ABADI akan tetap dikenali sebagai produk "Mummy's" dan dapat berdaya saing seiring dengan jenama yang sedia ada di pasaran...

Masih mengekalkan resepi tradisi keluarga... Apa yang pasti kualiti produk perlu dijaga.. Terima kasih pada semua pelanggan saya yang banyak memberi "feedback" membina dalam menjaga kualiti produk. Juga pada mereka yang banyak memberi perangsang dan dorongan dalam memajukan RIZQAH ABADI.

Terima kasih daun keladi
kalau sedap beli lah lagi....

Leeya
Rizqah Abadi Enterprise (001987030-U)
Emerald East, Rawang, Selangor Darul Ehsan








Tuesday, October 26, 2010

Kuih Talam

Terdiri dari berbagai jenis kuih talam seperti talam keladi, talam cendul, talam jagung, talam serimuka pandan, talam serimuka delima, talam carribean, talam roti paun dan berbagai lagi.

Sering mendapat tempahan dari pengusaha katering dan orang perseorangan untuk majlis-majlis tertentu juga dari peniaga-peniaga yang menjual kuih di sekitar Kuala Lumpur dan Rawang.

No comments: