Tentang RIZQAH ABADI...

RIZQAH ABADI.. nama yang masih baru dalam perniagaan makanan sejuk beku dibawah jenama "Mummy's". Memulakan business secara 'home made" sejak tahun 2007... Dari cucur badak frozen ... dan sekarang pulut panggang frozen, ketupat palas dan segala jenis kuih talam.

Semoga RIZQAH ABADI akan tetap dikenali sebagai produk "Mummy's" dan dapat berdaya saing seiring dengan jenama yang sedia ada di pasaran...

Masih mengekalkan resepi tradisi keluarga... Apa yang pasti kualiti produk perlu dijaga.. Terima kasih pada semua pelanggan saya yang banyak memberi "feedback" membina dalam menjaga kualiti produk. Juga pada mereka yang banyak memberi perangsang dan dorongan dalam memajukan RIZQAH ABADI.

Terima kasih daun keladi
kalau sedap beli lah lagi....

Leeya
Rizqah Abadi Enterprise (001987030-U)
Emerald East, Rawang, Selangor Darul Ehsan








Monday, December 27, 2010

Crispy Almond

Snek rangup yang mewah dengan almond.. memang sedap dan digemari oleh setiap lapisan masyarakat. Mendapat permintaan yang tinggi sepanjang masa terutama ketika sambutan perayaan Krismas ,Tahun Baru Cina dan Aidil Fitri ... kalau dah makan memang payah nak berhenti.. rasalah...